Thursday, March 21, 2013

RINGKASAN BAB3: FAHAMAN PEMIKIRAN DAN ETIKA

DEFINISI SEKULARISME
·         Perkataaan dasar atau sumber asal bagi Sekularisme ialah sekular yang berasal daripada perkataan Latin “saeculum”.
·         Saeculum membawa maksud masa dan tempat. Maksud sekular yang merujuk kepada masa ialah sewaktu kita menjalani kehidupan. Manakala tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata(J. A. Amurray & H. Bradley 1994).
·         Definisi Sekular dari aspek falsafah : sebuah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan daripada kehidupan manusia. Oleh itu, pengertian Sekular ialah sebuah doktrin yang terdiri daripada unsur-unsur moral yang berteraskan daripada keperluan dan kehendak manusia tanpa merujuk kepada kepercayaan Tuhan dan masa depan iaitu hari akhirat.

Negara Sekular
·         Negara Sekular merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi Negara tersebut.
·         Definisi negara Sekular ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah yang digariskan seperti berikut: “Secularisme is a belief in strict separation of church and state as by prohibiting religious teaching in public school”. Oleh itu negara Sekular pada dasarnya merujuk kepada sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegas antara agama dan negara.

·         George Holyoake menggariskan tiga prinsip penting yang perlu diketengahkan dan wajar diaplikasi dalam sebuah kehidupan masyarakat berbentuk Sekular iaitu ;
            i.            Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan.
          ii.            Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
        iii.            Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan itu.

Sejarah Kemunculan Sekularisme
·         Lahir disebabkan oleh beberapa faktor yang mencengkam dalam sejarah manusia yang hidup dalam pergolakan tersebut. Penindasan pihak gereja dan kelahiran teori Darwin adalah antara faktor terbaik yang merancakkan kelahiran ideologi dan pengembangannya ke seluruh dunia.

Penentangan dan Pengasingan Kuasa Gereja
·         Sekularisme lahir dan mula bertapak di negara Barat pada abad pertengahan iaitu pada zaman pembaharuan Eropah sebgai satu tindak balas rakyat terhadap sikap gereja. Kelahiran Sekularisme secara jelas berlaku semasa pemberontakan dan penentangan nasionalisme pada kurun ke-17 Masihi seiring dengan perkembangan industri di benua Eropah. Gerakan golongan Protestan yang menentang Katolik pada abad pertengahan berlaku untuk menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah secara keseluruhan.

Kemunculan Teori Charles Darwin
·         Charles Robert Darwin merupakan seorang ahli Biologi berbangsa Inggeris. Beliau lahir pada tahun 1809 Masihi.
·         Beliau melahirkan teori Evolusi Species.
·         Berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi bentuk makhluk hidup yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan.
·         Beliau telah membuat embriologi tentang binatang dengan mengatakan kesempurnaan dan kejadian makhluk hidup sesuai dengan pembuktian fisiologi dan persamaan struktur janin manusia dengan ikan dan katak kepada para ahli ilmu Biologi.
·         Begitu juga dengan klon manusia yang membawa bukti masih memiliki hubungan kekeluargaan dengan klon binatang.
·         Doktrin dasar Darwinisme menyatakan makhluk hidup muncul menjadi ada dengan sendirinya secara spontan sebagai akibat peristiwa kebetulan.

Prinsip-prinsip Sekularisme
·         Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia.
·         Aliran pemikiran sekular berpendapat hanya perjuangan kebendaan sahaja yang member jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat.
·         Kepentingan Sekularisme dijelaskan dalam utilitarian; iaitu prinsip sekularisme yang membawa idea apa yang perlu dan patut diusahakan oleh manusia adalah perkara yang berguna dari aspek kebendaan. Utilitarian mempunyai tafsir an yang pelbagai bergantung kepada kekuatan akal manusia bagi mentafsir, mengolah dan membuat penilaian.
·         Fahaman ini juga mengajukan ideologi supaya agama tidak membuat hukuman dan keputusan ke atas sesuatu perkara sama seperti penyelidikan sains yang tidak berbuat demikian.

Ciri-ciri Sekularisme
1.      Penafian hal-hal kerohanian.
2.      Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
3.      Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
4.      Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
5.      Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral.
6.      Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama. Corak pemerintahan agama perlu dibezakan agar tidak sepadu antara politik dan agama.
7.      Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek.
8.      Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada hubungan dengan hukum syariat yang suci.
9.      Penerapan syariat Islam atau nilai-nilai Islam akan merugikan penganut agama bukan Islam yang boleh menjadi ancaman besar kepada sesebuah persatuan.
10.  Menganggap bahawa syariat Islam sangat terbelakang, primitif dan ketinggalan zaman. Oleh itu ajaran Islam perlu diambil melalui prinsip pragmatisme dan utilitarianisme.
11.  Menyebarkan faham-faham yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri.   

Kaedah Penyebaran Fahaman Sekularisme
·         Bidang pendidikan
·         Media massa  
·         Undang-undang

Penyebaran Sekularisme Melalui Pendidikan
·         Menghantar pelajar ke negara luar untuk melanjutkan pengajian
-          Menyebabkan para pelajar dan tenaga muda bertambah jahil terhadap agama.

·         Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan
-          Membawa slogan pembaharuan. Pembaharuan dilakukan dengan memasukkan pembelajaran umum dalam setiap perkuliahan.

·         Memperkenalkan institusi pendidikan asing di negara-negara Islam
-          Gagasan itu digerakkan bertujuan untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah.

·         Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam sesi pengajaran
-          Membenarkan malah menggalakkan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan dalam sesi pengajaran.

 Penyebaran Sekularisme Melalui Media Massa
·         Tayangan-tayangan yang terpampang di televisyen, majalah dan media massa yang lain tidak membawa perkembangan ilmu pengetahuan dan pengamalan ajaran malah mendorong ke arah kejatuhan akhlak Islam seperti filem percintaan, fantasi, hiburan dan gambar porno.

Penyebaran Sekularisme Melalui Undang-undang
·         Golongan sekular berusaha dengan sedaya upaya untuk menjauhkan Islam dari kekuasaan pemerintahan. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam masalah yang sangat kecil sehingga Islam kelihatan tinggal namanya sahaja. Negara Islam yang ingin melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh akan menerima tekanan hebat dari pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu sendiri.

KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)
·         Manusia bercita-cita tinggi. Untuk mencapai cita-cita, manusia akan menggunakan akalnya. Jika manusia dapat menggunakan akalnya dengan betul dan bijaksana dia akan membentuk nilai-nilai moral yang baik. Sekiranya manusia menggunakan akal secara tidak bijaksana, dia akan membentuk nilai-nilai moral yang kurang memuaskan.
·         Antara kelemahan manusia bercita-cita tinggi ialah prinsip ini tidak realistik, ia menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia pada ketika ini tidak lagi penting.


LIBERALISME
·         Merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang.
·         Dari sudut agama bermula daripada gerakan seorang tokoh protestan yang bernama Martin Luther (1483-1546). Gerakan ini membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama protestan pada abad ke-16 masihi.
·         Dari sudut politik, dimana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat.
·         Dari sudut ekonomi, memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli.

MODENISME
·         Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
·         Ia merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.
·         Semangat modenisasi bermula semenjak era Renaissance abad ke-16 masihi dan pencerahan pada abad ke-18 masihi.

HUMANISME
·         Dari segi takrifnya fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agung. Dialah yang menentukan hukum-hakam. Tuhan tidak berperanan di muka bumi ini.

Sifat Fahaman Humanisme
Mempunyai sifat seperti:
a)      Percampuran bebas
·         Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan tanpa sekatan dan digalakkan atas tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan dari segi hak asasi dan tanggungjawab.
·         Humanisme berusaha menghapuskan halangan tabii antara lelaki dan perempuan seperti merasa malu (haya’).

b)     Penggunaan Istilah-Istilah Yang Mengelirukan
Seperti:
·         Istilah ‘unisek’ dipopularkan bagi kedai gunting rambut. Kedai gunting rambut yang dinamakan Unisek Saloon adalah tempat untuk gunting rambut bagi wanita dan lelaki di tempat yang sama. Fesyen atau ‘style’ gunting rambut ditukar sehingga lelaki digalakkan berambut panjang dengan tocang atau memakai subang dan wanita berfesyen rambut pendek. Bintang-bintang filem dalam kaca TV dan penyanyi-penyanyi lagu dibuat untuk menjadi teladan bagi remaja-remaja.
·         Istilah yang digunakan bagi pelakon-pelakon filem adalah ‘bintang-bintang’ filem. Istilah ‘bintang’  bermaksud untuk memberi gambaran baik kepada pelakon yang direstui atau tidak direstui oleh Islam.
·          Istilah ‘Gay’. Digunakan untuk kumpulan yang melakukan hubungan sejenis (homoseks) yang dilarang oleh hukum Islam. Daripada kamus ‘gay’ bermaksud orang peramah, liberal, senang bercampur iaitu orang yang bersifat baik.
·         Istilah ‘Chairman’. Lazimnya digunakan untuk individu yang mempengerusikan sesuatu majlis, tetapi istilah ini dibantah gerakan pembebasan (emansipasi) wanita Barat Sekular Moden kononnya ia memperkecilkan peranan wanita dan menunjukkan sifat chauvisnisme(berat sebelah atau condong kepada pihak lelaki). Gerakan tersebut menukarkan istilah ‘Chairperson’ sebagai satu jalan tengah.
·         Istilah ‘He’. Mereka membantah penggunaan perkataan ‘He’ bagi gantinama tuhan. Mereka menimbulkan persoalan “Mengapakah Tuhan dianggap lelaki?” Yang sebenarnya Tuhan tidak menyerupai manusia. Dia bukan lelaki atau perempuan. Allah tidak menyerupai sebarang makhlukNya.

c)      Penukaran Peranan Antara Lelaki dan Perempuan
·         ‘Penukaran peranan’ (Change role) antara lelaki dan perempuan adalah untuk menggalakkan percampuran bebas.
·         Pertubuhan ‘Illuminati’ musuh Allah s.w.t mengutarakn idea bahawa wanita yang berharga adalah wanita yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya, di mana kerjaya diberi nilai, dalam bentuk gaji atau kenamaan atau pengiktirafan.

d)     Gerakan Pembebasan Wanita
·         Istilah ‘pembebasan’ di sini bermaksud (pada awal sejarahnya) membebaskan diri daripada kezaliman khasnya dari kongkongan peraturan-peraturan agama Institusi Gereja Katolik Rom.
·         Gerakan Pembebasan wanita lahir di Amerika dan Eropah.

e)      Kaunseling Berkelompok
·         Untuk  menghapuskan kononnya perasaan malu, mereka mengadakan kaunseling berkelompok (group counseling).
·         Peserta lelaki dan perempuan berjumlah 7 atau 8 orang didudukkan bercampur secara bulatan. Setiap orang menceritakan masalah masing-masing mendedahkan apa jua kesulitan. Seorang pengawas menjadi pemandu perbincangan. Kononnya adalah untuk berbincang bersama bagi mengatasi masalah.

f)       Pendidikan Seks
·         Pendidikan seks telah dimulakan di Sweden pada tahun 1940 bermula dengan ‘panduan-panduan bagi pendidikan moral’. Tetapi didapati dari tahun 1956 banyak cara pendidikan mencerobohi panduan-panduan tersebut.
·         Dalam suasana di mana negara mengamalkan sistem pendidikan sekular , amalan-amalan seks yang ganjil dan curangpun disyorkan diajar sebagai kaedah yang direstu oleh undang-undang negara untuk memenuhi keperluan seks.
·         Menurut nilai nilai ‘pluralistik’ mereka menganggap bahawa seks di luar nikah tidak mengapa kerana ‘kita perlu menghormati semua pendapat’. Akibatnya kes-kes penyakit kelamin di kalangan remaja telah meningkat kepada yang tertinggi berbanding negara ‘maju’ yang lain di barat, iaitu 24,000 kes pada 1964 bagi remaja (wanita) berumur 15-19 tahun. Pembunuhan diri turut meningkat di Sweden (America’s Sex Education Furor’ oleh Brodin).




No comments:

Post a Comment